28 Mac 2011

rumate sy tanye td, apasal kan bila couple sume bleh ckp elok2 runding baik2. bila something happen n membawa kepada keruntuhan sesebuah ikatan hubungan per-couple-an tu, ex ni dgn ex tu mesti gaduh + tak bersependapat dah? apasal?

eh, #justintime je roomate awak tanya.. good2..

bagi sy yg sedang #justintime juga nih, semua orang boleh kata apa saja, diorang boleh komen, beri nasihat, pandangan, sokong mana2 pihak ke, tak kiralah sebab gender, keakraban seseorang tu dengan mereka ex2 ni, berdasarkan maklumat yang diorang terima tak kisahlah daripada pihak A ataupun pihak B.. pihak A dan pihak B ni pun manusia sama juga dengan yang lain, contohnya, kalau jatuh kena ragut, ada effectnya dekat mangsa kan? lain orang, lainlah tindakannya emosinya.. ada yang akan mengadu, ada yang trauma, ada yang relax, macam2, bergantunglah kan?
sama juga

"...bila something happen n membawa kepada keruntuhan sesebuah ikatan hubungan per-couple-an tu, ex ni dgn ex tu mesti gaduh + tak bersependapat dah..."

pihak A mahupun pihak B masing2 ada pendapat diri dia sendiri, cara dia express feeling dia, dan orang lain yg tengok, dengar, manusia biasa juga, mereka boleh judge mengikut pendapat masing2 juga kan berdasarkan apa yang diorang dengar dan terima maklumat tu kan?jadi ceritanya, mungkin tak seberapa, tapi dah jadi riuh sana sini, padahal sikit je, tapi nampaknya dah macam big trouble kan? effectnya la tu..

apa2pun, yang pastinya, tak kira apa sekalipun tindakan kedua-dua belah pihak, hanya mereka dan Dia yang tahu apa cerita sebenarnya berlaku, small matter ke, apa.. kita yg melihat, mybe hanya mampu menonton dan meluahkan pendapat.. kan? :)

Serve me a question, please?

24 Mac 2011

surat untuk Ariff, MAP..

baru je tadi video Skype dengan Sakinah, salah satu topik bualan kami ialah pasal si dia..
dah lama mulut ni tak sebut nama dia, lain beza dengan hati ni..
tak teringat berapa kali terbayangkan dia dalam sehari..
memang macam tu ke perasaan orang yang putus cinta?
hati ni goyah lagi tadi..
aduhai lin..

kenapa awak buat saya macam ni? ke saya yang terlalu lemah? or memang betul ini cuma permainan yang awak sendiri reka?
please say no as the answer for my questions...

awak tau tak,
diri ni, bukan hati saja, diri ni, dah terlalu sangat terluka awak.. saya tau, awak tak tau kan sebab tu awak 'biasa2' je.. awak tak pernah kisah, even lagi status2 awak dah sangat menguris hati ni.. awak tak kisah pun pasal saya, ya, saya dah bukan siapa2 bagi awak.. saya dah remind diri ni..jadi saya tau, awak memang tak kisahlah ni semua..

bodohkan saya?.

sampai ke saat ni, saya masih tak boleh accept ni semua.. terlalu pantas semua ni berlaku.. petang tu awak call tergesa, petang tu last saya call awak, itulah kali terakhir saya kenal awak.. itulah hari terakhir, saat terakhir saya kenal awak.. sampai situ je memori saya dengan awak.. bermula petang tu, awak sekelip mata berubah.. I am no nobody for you 'Ariff Putra..

masa tu, saya sangat terasa diri ni dah di buang jauh dari hidup awak.. jijik ke saya sampai macam tu sekali awak ignore saya? kalaulah awak tau perasaan ni macam mana time tu.. kemudian awak marah pula bila saya ignore dan larikan diri daripada terserempak dengan awak.. awak nak saya buat macam mana lagi? apa sebenarnya yang perlu saya buat? bila saya ada, saya tak dihiraukan, bila saya lari, saya dipersalahkan? what should I do 'Ariff Putra..

awak tau kan saya terluka? tau kan? mungkin tak.. sebab tu awak mainkan watak yang saya tau, itu bukan awak.. itu bukan diri awak yang saya kenal selama ni.. saya tak tau apa yang sedang berlaku, saya tak tau permainan apa yang awak mainkan.. playboy.. ya.. untuk sakitkan hati saya bukan? tahniah.. memang awak berjaya bawa watak tu.. tahniah juga awaklah pelakon pertama dalam hidup saya yang pernah saya tonton selama ini yang berjaya luruhkan hati ni.. Congratulation, your the first one 'Ariff Putra..

saya rasa downnya diri ni, saya pendamkan je kisah ni dulu.. saya ingat saya kuat, boleh hadapi ni semua dengan lancar, relax.. tapi tak.. ini yang membawa padah pada diri ni.. bodohkan saya macam ni? lemah, hilang kekuatan, saya sangat down awak tau.. tak pernah saya rasa, saya jadi macam ni.. kenapa semua ni jadi? saya pendamkan saja perasaan ni, itu yang teruk, saya tak nak masalah kecik ni kawan2, family saya tau.. sakinah saja tau dulu.. saya hanya mampu luahkan melalui Sakinah dan status2 twitter saya.. but then, you stalker my tweets, 'Ariff Putra..

bila saya buka facebook, hati ni hancur awak tau.. hati ni hancur baca semua tu.. saya ambil keputusan deactivekan akaun FB.. kurangkan online, sebab kalau online, pasti akan membuatkan saya terserempak dengan awak dalam alam maya ni.. awak, time tu saya da semakin pulih awak tau? saya dah dapat semangat saya yang jatuh tu balik.. tapi kenapa awak tiba2 send msg tanyakan saya block awak atau deactivekan akaun FB tu? awak cari saya.. kenapa?? kenapa sebelumnya awak seolah2 membuang saya kemudian cari saya lagi? hati ni terusik tau.. you win the game, Ariff Putra..

bila saya aktifkan semula FB, perkara sama terjadi lagi.. saya down lagi.. kenapa perlu buat semua ni? saya ok, then awak send msg kata awak rindukan saya, awak tau saya rindu awak, sangat2 rindu.. saya keliru awak tau tak, sebab tu saya cakap awak salah send msg.. yelah, banyak awek pukul3 pagi send la msg rindu, saya ni siapa la.. then dalam sekelip mata awak betul2 marah saya balik.. awak tak ada perasaan ke cakap, buat macam tu dengan saya? saya tak faham.. bagitau saya.. what are you trying to say to me 'Ariff Putra..

fikirkan awak..

7 Mac 2011

Nasihat Kak Lieza

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan
kepada orang yang pernah melukai hati kita.
Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah
kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
Kemaafan yang di beri secara ikhlas umpama pisau bedah
yang boleh membuang segala parut luka emosi

message ke Kak Lieza

sorry kak lieza, klu msg2 ni susahkan, ganggu kak lieza..
tapi situasi skrg mmg sngat teruk bagi sy..
sy tak pernah rasa mcm ni.. hati sy dah jadi serabut.. kak lieza mesti tau pasal apa kan ni?

sy pening lah kak lieza.. apa yang sebenarnya perlu sy buat.. kak lieza tau, dia dah buat sy macam benda yang bila perlu, dicarinya, bila tak, dibuangnya..

bila mula dulu, sy rasa betul2 di buang.. tapi cara dia, macam masih berikan sy harapan.. bila sy berharap, saya salah kak lieza, sebab saya biarkan hati sy ni untuk terlalu mudah disakiti.. tak pernah saya rasa, saya jadi macam ni..

sy tau dia wat tu semua, mcm playboy tu semua sal nak sy buat sy benci dia.. sy tau tu.. tapi semua tu dah sangat2 keterlaluan kak lieza.. sampai hati dia..

hidup saya time tu kak lieza, hanya Tuhan, kwan2 sy nmpak.. result sy, even kuiz, kak lieza bayangkan sy ajar kwan2 saya, tapi saya terkejut result saya sendiri yg dapat 4/20.. sy betul2 hilang fokus.. lectrr terkejut tngok saya down macam tu, sampaikan 2 orang lectrr da tegur saya time tu.. betul2 sy down.. tak pernah sy rasa macam tu..

then @noor sakinah, nasihat sy smua, sbb sy mmg tak bagitau sesiapa selain sakinah, kak lieza sal ni.. time tu saya deative fb, twitter, blog.. btul2 sy minta petunjuk.. alhamdulillah.. sy rasa yg dh mampu bngun smula..

tapi kak lieza, 1march aritu dia send sy msg yg dah buat sy berharap smula.. kenapa perlu dia send msg tu padahal susahnya sy jatuh, nak bngun semula tu, nak cari kekuatan tu, tetibanya dia musnahkan balik kak? dah dia send msg tu, kurang 24 daripada tu, mudahnya dia.. bila rindu, carinya kita, tapi tak sampai 24jam kak liza, sy mmg pengganggu hidup dia kak.. sampai hati..

saya tau dia benci sy.. even semua saya buat semua salah.. tak ada yang betulnya.. kenapa perlu dia buat mcm ni kak?? saya kena kalah jatuh macam mana lagi dia nak kak? sy tak tau.. saya dah tak larat mcm ni, tiap hari berkali2 nangis.. kita yang sakit, mana dia tau?
sy dah tak tau nak buat apa lagi kak.. kak lieza rasa apa yg perlu saya buat?

3 Mac 2011

short message

"awak jangan cari saya kalau awak
masih nak sakitkan hati saya lagi wak,
saya merayu dengan awak...
sangat-sangat..............."